Pelancongan Ke Danok(2 hari 1 malam)
Saya berasa sangat gembira kerana ini merupakan kali pertama saya pijak di tanah Thailand walaupun saya adalah penduduk Alor Setar, Kedah yang berdekatan dengan sempadan Thailand. Sebelum kami makan di sana, saya dan kawan saya mendaftar masuk ke hotel di Danok, iaitu He Jia Hotel. Hotel yang kami sewa untuk satu hari dengan harga RM80 termasuklah sarapan untuk esok. Hotel ini juga bertaraf 3 bintang.
Selepas mendaftar masuk ke hotel, kami mengambil sarapan di kedai makan yang berdekatan dengan hotel kami. Harga untuk nasi kandar di antara RM7 hingga RM9 termasuklah minimun. Kemudian, kami telah menyewakan van yang menyediakan perkhidmatan pemandu pelancong yang berharga RM100 untuk setiap orang. Pemandu pelancong telah membantu kami merancangkan perjalanan di Danok. Destinasi pertama yang kami sampai ialah tempat latihan menembak. Di sana ada jurulatih yang khusus, jadi sesiapa yang ingin melatih menembak di sana tidak perlu risau. Tambahan pula, laithan menembak dengan kosnya RM30 untuk setiap orang, peluru yang di sediakan adalah 5 biji sahaja. Sebelum melatih menembak sebenar, jurulatih telah mengajar kami cara memegang pistol yang betul dan cara mensasarkan target. Selepas itu, jurulatih baru memasukkan peluru ke dalam pistol. Tujuannya adalah untuk mengelakkan kemalangan semasa dia mengajar kami cara menggunakan pistol. Gambar di atas menunjukkan pengalaman kali pertama saya melaith menembak.
Selepas itu, kami telah pergi ke tempat sejarah Malaysia yang bertempat di Sadao, Thailand, masa kami sampai ke sana adalah 30 minit. Gambar di atas menunjukkan tempat sejarah Malaysia di Thailand, iaitu Khao Nam Khang Terowong. Tiket masuk ke terowong bersejarah ini berharga RM30. Di sini, saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan sejarah terowong ini. Pada tahun 1957 , pihak penjajah British telah menyerahkan balik kuasa pemerintahan Malaysia ke Malaysia supaya Malaysia boleh berdikari. Parti Komunis asal di Malaysia , sebahagiannya dikalahkan, sebahagiannya melarikan diri ke sempadan di antara Malaysia dan Thailand, dan bersembunyi di Khao Nam Khang terowong. Sebahagian Parti Kamunis yang bersembunyi di terowong merupakan kumpulan Parti Komunis yang ke-8. Terowong ini dibina sejak 1972, dan fungsi di dalam terowong adalah lengkap. Pada tahun 1977 dan tahun 1979, tentera Thai dua kali menyerangkan kumpulan parti komunis yang ke-8, tetapi telah gagal untuk memecahkan pertahanannya. Tetapi akhirnya, kumpulan pati komunis yang ke-8 telah menyerah kalah pada tahun 1987 dan keluar dari hutan bertamatkan peperangan antara parti komunis dan Thailand yang selama 15 tahun ini. Tambahan pula, terowong ini mempunyai 16 lubang yang boleh keluar dari dalam.
Gambar di atas menunjukkan dalaman terowong tersebut. Terowong ini mempunyai tempat melatih menembak, tempat untuk menyimpan bekalan makanan, muzium kecil yang mempunyai gambar-gambar ahli parti kamunis yang terkorban, senjata api yang digunakan untuk peperangan, dan sebagainya. Terowong ini juga mempunyai bilik telegraph untuk menaip maklumat tentang musuh mereka, muzium akar kayu dan blik perkahwinan bagi pasangan ahli parti komunis yang baru berkahwin. Masa saya kekal di sini untuk melawat di terowong agak lama, iaitu selama 3 jam.
Seterusnya, kami pergi ke empangan besar di antara Malaysia dan Thailand. Pemandu pelancong telah memberitahu kami bahawa di tepi empangan ini ada satu jalan boleh terus pergi ke UUM.
Kemudian, kami balik ke hotel pada 7 petang dan berehat untuk satu jam. Kami berasa sangat lapar dan makan malam di Danok. Selepas itu, kami sekumpulan berjalan-jalan untuk membeli barang di gerai. Saya telah membelikan sepasang kasut, baju bola sepak dan gelas yang cantik. Jumlah perbelanjaan ialah RM53. Tambahan maklumat, bagi sesiapa yang datang ke Danok boleh guna Ringgit Malaysia dan tidak perlu tukar ke Thai Bat, iaitu gelaran mata wang Thailand.
Bagi hari esok, kami mengambil sarapan di dalam hotel dan mendaftar keluar dari hotel. Sebelum balik ke UUM, kami telah pergi ke kuil Thailand berdoa untuk keamanan perjalanan kami. Gambar di atas menunjukkan patung Thailand yang kedua besar di Danok. Selepas ini, kami pergi ke kedai Seven-Eleven di Danok untuk membeli makanan dan balik ke UUM. Masa kami balik ke sini ialah pukul 1 petang. Jumalah perbelanjaan pergi ke Danok 2 hari 1 malam di antara RM250 hingga RM300.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home